Tuesday, March 31, 2009

tENtang akU!




semua 0rang panggil aku mc'deck...aku se0rang yang periang tapi kalau tak kenal memang 0rang ingat aku s0mbong....



keluarga tercinta!!!


















saat-saat gembira...huhu







kawan-kawan di upm serdang..



teman-teman yang di sayangi







Ciptaan terkini Dr Lim...



Pada tahun ini Dr Lim telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk "Mencari Indah". Buku ini telah memuatkan sajak-sajak yang telah dicipta oleh beliau. Di samping diterbitkan di dalam bentuk buku, beliau juga telah merakamkan sajak-sajak yang ada di dalam buku itu ke dalam bentuk cakera padat. Di dalam cakera padat ini Dr Lim telah membaca hasil sajak-sajak yang telah dimuatkan di dalam buku "Mencari Indah". Malah terdapat 2 buah sajak yang telah dinyanyikan oleh beliau...

Wednesday, March 25, 2009

Antara sajak-sajak yang pernah dicipta oleh Dr Lim Swee Tin...







SARI KURNIA



kejayaan itu madu
kecemerlangan itu manisnya.


lebah yang menerbangi
hutan, bukit-bukau dan lembah

merangka pencarian

memimpikan penemuan

impian semata tidak bermakna
suntiklah di dalamnya pati usaha

usaha terbenih dari cekal

cekal pula bersalut yakin

yakin itulah yang memacukan jaya.



kejayaan itu madu

kecemerlangan itu manisnya

jadilah lebah yang tidak memperkirakan jarak

pencarian itu saujana

tak terukur hutan, bukit-bukau dan lembah

lantaran hiruplah sari kurnia ini yang indah!





MENITI WAKTU MEMAHAT JASA




di sini berdenyut nadi masyarakat


membisikkan nafas mimpi dalam kelopak hasrat


di sini terakam gelombang dan impian bangsa


menempuh karang badai serta mengisi wawasan negara.




di tengah ruang masa


hidup aneka dimensi


pengisian menjadi agenda


mencorak cakerawala erti.




siapa mencela tajamnya menyinis


benarlah mereka tak pernah menjengah realiti


itu sumber dan khazanah mengukuh peradaban


gerbang era menuntut kita mendepani tepu cabaran.




hari ini telah 56 tahun usia


teguh yakinlah meniti waktu memahat jasa


corakkan lagi wajah nusa dengan tradisi cemerlang segala


tentangan zaman marilah bersama kita rentasi sepenuh siaga.



Gambar bersama Dr Lim Swee Tin



Kegiatan sepanjang ini...

Telah banyak kegiatan yang telah diikuti oleh Dr Lim sepanjang ini. Antaranya ialah:


Penataran Karya Kesusasteraan di Indonesia, Jakarta – Malang, DBP,
6 – 30 November 1990, Peserta.


Pertemuan Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia, LIPI-DBP, Jakarta, 22
November 1990. Pembentang Kertas Kerja.


Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World Poetry
Reading)1990, DBP, Kuala Lumpur 1990, Peserta.


Hari Puisi Nasional ke-10, GAPENA-Persatuan Penulis P.Pinang, Pulau
Pinang,20-23 September 1991. Pembentang Kertas Kerja.


Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World Poetry
Reading) 1992, DBP, Kuala Lumpur 1992, Peserta.


Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World Poetry
Reading) 1996, DBP, Kuala Lumpur 1996, Peserta.


Seminar Penterjemahan Karya Sastera, Persatuan Penterjemah Malaysia,
UPM,26 Oktober 1996. Pembentang Kertas Kerja.


The Search for a New World Culture for the 21st Century Culture:
Asian Literary Perspective, The Washington Times Foundation
and The Internasional Culture Faoundation, Washington D.C.,
27 April – 5 Ogos 1997, Peserta Negara.


Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World Poetry
Reading) 1990, DBP, Kuala Lumpur 1998, Peserta.


Four Leading Poets from South East Asia, with Conjunction to Asian
Europe Summit (ASEM 2), London, 2 April 1998, Peserta
Negara.


Minggu Sastera Malaysia , Persatuan Penulis Johor-DBP, Johor Bahru,
28 November 1998, Pembentang Kertas Kerja.


Hari Puisi Nasional Malaysia ke-14, GAPENA-Kerajaan Negeri Sembilan-
DBP,Seremban, Negeri Sembilan, 29-30 Januari 1999,
Pembentang Kertas Kerja.


Pertemuan sasterawan Nusantara ke-10, dan Pertemuan Sasterawan
Malaysia 1,Kerajaan Negeri Johor-GAPENA-DBP, Johor Bahru,
Johor, 17-21 April1999. Pembentang Kertas Kerja.


Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World Poetry
Reading), DBP, Kuala Lumpur 2000, Peserta Negara.


Simposium Penulis Pelbagai Kaum 1, GAPENA-DBP-PUTERA, Miri,
Sawarak, 17-20 September 2000, Pembentang Kertas Kerja.


Anugerah Persuratan Asia Tenggara/South East Asia Award
(S.E.A.Write Award), Kerajaan Diraja Thailand, 10-23
September 2000,Bangkok,Thailand, Penerima Anugerah.


Concert for World Peace, Kerajaan Diraja Thailand, Bangkok,
Thailand, 25-28 Ogos 2001,Peserta Negara.


Taipei 2001 World Poetry Festival, Biro Kebudayaan Taipei, Taiwan
R.O.C,Taipei, 10-23 September 2001, Peserta Negara.


Hari Puisi Nasional Malaysia 2003, GAPENA-Kerajaan Negeri Selangor-
DBP,Shah Alam, Selangor, 2003, Pembentang Kertas Kerja.


Seminar Islam Hadhari, IKIM-Kerajaan Negeri Melaka, 18-19 Januari
2005,MITC,Melaka, Pembentang Kertas Kerja.


Hari Sastera Malaysia ke-13, GAPENA-Kerajaan Negeri Perak-DBP, Ipoh,
Perak, 2-5 September 2005. Pembentang Kertas Kerja.


Kuliah Kesusasteraan Bandingan Asia Tenggara (MASETRA), DBP-
FBMK(UPM), 25 Ogos 2005, Penganjur Bersama-Peserta.


Seminar Kesusasteraan Asia Tenggara (MASTERA), DBP, 29-30 November
2005,DBP Kuala Lumpur. Peserta.

Sumbangan Dr Lim Swee Tin

Sumbangan yang pernah diberikan oleh beliau sepanjang ini ialah :

1. Penasihat Produksi Istana Budaya, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

2. Penasihat Segmen Sei Budaya, Ratio Televisyen Malaysia (RTM), Kementerian Penerangan Malaysia.

3. Ahli Jawatankuasa Sastera, Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. Panel Penilai Skrip Drama Dewan Bandaraya Kuala Lumur, Kementerian Wilayah Persekutuan.

5. Penasihat Kurikulum Bahasa Melayu, Sekolah-sekolah Persendirian Cina Malaysia.

Buku yang pernah diterbitkan oleh Dr Lim Swee Tin



Selama bergiat aktif dalam bidang ini, Dr Lim telah banyak menerbitkan buku. Antara buku yang pernah diterbitkan ialah :



1. Kumpulan Sajak ‘Akrab’, DBP, 1985




2. Kumpulan Sajak ‘Menyusur Musim’, DBP, 1990




3. Kumpulan Sajak ‘Seorang Anak Kecil dan Sajak-sajak Lain




4. A Child and Other Poems’, MASA Ent., 1993




5. Kumpulan Esei ‘Sketsa,’ DBP,1996




6. Kumpulan Sajak ‘Sebuah Fragmen Cinta’, DBP, 1998,2000




7. Antologi Sajak ‘Nota Waktu,’ Citra Publishing, 2000




8. Kumpulan Esei ‘Berkelana di Belantara Kata,’ Pustaka Nusa, 2002




9. Kumpulan Sajak ‘Citra Kurnia’, Pustaka Nusa, 2003,2004




10. Kumpulan Sajak ‘Memetik Mawar (Remaja)’, Citra Kurnia
Ent.,2003,2005




11. Kumpulan Sajak ‘Sukma Cemara,’ Citra Kurnia Ent.,2006




12. Kumpulan Puisi 'Mencari Indah'Citra Kurnia,2009

Kejayaan Dr Lim Swee Tin

Selama menceburi bidang ini, telah banyak mencapai kejayaan. Antara kejayaan yang pernah di capai oleh beliau ialah :

1. Hadiah Sastera Malaysia 1982-1983

2. Hadiah Sastera Malaysia 1984-1985

3. Hadiah Sastera Malaysia 1988-1989

4. Anugerah Puisiputra II

5. S.E.A Write Award, penghargaan tertinggi bidang kesusasteraan di Asia Tenggara oleh Kerajaan Di Raja Thailand

Penglibatan Dr Lim Swee Tin

Dr Lim Swee Tin adalah seorang pengarang sajak dan deklamator yang berasal dari Kota Bharu Kelantan. Beliau mula melibatkan diri dalam acara deklamasi sajak ini sekitar tahun 1970-an. Genre yang paling digemari olehnya ialah sajak. Dr Lim juga menulis cerpen, esei kesusasteraan dan novel. Pada ketika itu, dr Lim mengikuti kumpulan teater iaitu tetaer "Malini". Teater ini sangat aktif pada sekitar tahun 1970-an. Malah pada ketika itu juga Dr Lim sudah menyampaikan sajak dimerata-rata tempat di sekitar negeri kelahirannya iaitu Kelantan.





Pada tahun 80-an, selain mendeklamsikan sajak, Dr Lim juga membimbing pelajar-pelajar yang berminat untuk mendeklamasikan sajak. Selain itu dr Lim juga kerap diundang ke radio Kelantan dan Terangganu. Beliau juga pernah mendeklamsikan sajak di Hari Sastera Malaysia dan Hari Puisi Nasional termasuklah pertemuan sasterawan nusantara di Singapura.



Di sekitar tahun 90-an pula, sekitar tahun ini merupakan zaman pemantapan beliau dalam deklamasi puisi. Ini ditandai pada thuan 1990 apabila beliau dipilih mewakili Malaysia pada acara Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur 1990. Selepas itu Dr lim melebarkan sayap dengan membaca puisi di Indonesia dan juga Singapura. Pada thun 1995 Dr Lim dilantik menjadi juri bagi acara membaca puisi Kementerian Penerangan Malaysia bersempena Hari Kebangsaan dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA). Sejak itu hampir setiap tahun beliau menjadi juri.



Dalam sekitar tahun 2000, penglibatan Dr Lim semakin berkembang pesat. Pada tahun 2001 beliau diundang untuk membaca puisi di Konsert Keamanan Dunia Bangkok. Di dalam konsert itu beliau menyampaikan 2 buah sajak. Pada tahun 2001 pula, beliau dipilih oleh negara Taiwan sebagai peserta Pengucapan Puisi Dunia di Taipei. Malah beliau juga mendeklamasikan sajak di Malaysia di dalam acara yang sama. Dari tahun ke tahun Dr Lim semakin aktif dalam mendeklamasikan sajak dan juga menerbitkan buku di samping mencipta sajak-sajak yang puitis.

Wednesday, March 18, 2009

tokoh bahasa di fakulti bahasa moden dan komunikasi upm




Di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia mempunyai beberapa tokoh bahasa. Saya telah memilih Prof Madya Dr LIm Swee Tin sebagai tokoh bahasa untuk dimuatkan ke dalam blog saya ini. Saya memilih beliau kerana melihat kesungguhan beliau di dalam mencipta sajak, puisi dan buku-buku di dalam Bahasa Melayu meskipun beliau bukanlah dari keturunan Melayu. Beliau mempunyai bakat yang luar biasa jika hendak dibandingkan dengan orang Melayu kerana mampu berbahasa Melayu dengan begitu fasih.