Wednesday, March 25, 2009

Penglibatan Dr Lim Swee Tin

Dr Lim Swee Tin adalah seorang pengarang sajak dan deklamator yang berasal dari Kota Bharu Kelantan. Beliau mula melibatkan diri dalam acara deklamasi sajak ini sekitar tahun 1970-an. Genre yang paling digemari olehnya ialah sajak. Dr Lim juga menulis cerpen, esei kesusasteraan dan novel. Pada ketika itu, dr Lim mengikuti kumpulan teater iaitu tetaer "Malini". Teater ini sangat aktif pada sekitar tahun 1970-an. Malah pada ketika itu juga Dr Lim sudah menyampaikan sajak dimerata-rata tempat di sekitar negeri kelahirannya iaitu Kelantan.





Pada tahun 80-an, selain mendeklamsikan sajak, Dr Lim juga membimbing pelajar-pelajar yang berminat untuk mendeklamasikan sajak. Selain itu dr Lim juga kerap diundang ke radio Kelantan dan Terangganu. Beliau juga pernah mendeklamsikan sajak di Hari Sastera Malaysia dan Hari Puisi Nasional termasuklah pertemuan sasterawan nusantara di Singapura.



Di sekitar tahun 90-an pula, sekitar tahun ini merupakan zaman pemantapan beliau dalam deklamasi puisi. Ini ditandai pada thuan 1990 apabila beliau dipilih mewakili Malaysia pada acara Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur 1990. Selepas itu Dr lim melebarkan sayap dengan membaca puisi di Indonesia dan juga Singapura. Pada thun 1995 Dr Lim dilantik menjadi juri bagi acara membaca puisi Kementerian Penerangan Malaysia bersempena Hari Kebangsaan dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA). Sejak itu hampir setiap tahun beliau menjadi juri.



Dalam sekitar tahun 2000, penglibatan Dr Lim semakin berkembang pesat. Pada tahun 2001 beliau diundang untuk membaca puisi di Konsert Keamanan Dunia Bangkok. Di dalam konsert itu beliau menyampaikan 2 buah sajak. Pada tahun 2001 pula, beliau dipilih oleh negara Taiwan sebagai peserta Pengucapan Puisi Dunia di Taipei. Malah beliau juga mendeklamasikan sajak di Malaysia di dalam acara yang sama. Dari tahun ke tahun Dr Lim semakin aktif dalam mendeklamasikan sajak dan juga menerbitkan buku di samping mencipta sajak-sajak yang puitis.

No comments:

Post a Comment