Thursday, April 2, 2009

ketikA kALimAT....







kumpuLAn lestArY yaNg Semp0i!!!


mc'deck...erin...ekin...sham...yj...helen

First day masuk kelas bahasa dalam multimedia seram sejuk dibuat nyerr. Punya la garang aku tengok muka Dr Normaliza.Tapi rasa nak gelak pun ader sebab tengok muka Dr Normaliza garang tapi dia bercakap punya la lawak. Aku, Erin dan Ekin tahan gelak saja.Mana tak nyerr bunyi tekan pen pun tak blehh. Tapi yang paling kelakar saper yang duduk jer tempat paling belakang akan dipotong markah…hehehe…tak pernah aku jumpa lecture yang macam nih.Muka nampak garang tapi memang lawak gilerr. Dr nih memang sangat aktif sampai student dia pun kena cergas dan cerdas…ahaks…

Masa first time kelas nih kitaorg summer dah kena wat group..satu group xblehh lebih dari 6 orang. So aku, Erin dan Ekin mula la mencari-cari saper la yang tringin nak masuk group kitaorg…Yer la kitaorang memang mempunyai masalah ckit dalam mencari ahli kumpulan nih sebab mane-mane pergi kitaorang bertiga sahaja…cari punya cari jumpa la ahli kumpulan kami. Saper lagi kalau bukan amoi Cina yang sempoi giler kalau pergi kelas. Kitaorang just panggil dia Yj jer. Lagi sorang ialah Helen. Haa lagi sorang ialah mamat yang memang budget dia hensem and macho giler. Tapi dia bukan dari kos aku…budak nih dari mascomm..nama dia Sham. Setelah ada group kena la pulak letak nama tuk group kami.

Semua tak tahu nak letak nama aper. Pikir punya pikit tetap tak kuar idea nak letak nama aper.
Last-last Sham suh letak nama Lestary. Dah tak ada nama lain jadi kami semua pun bersetuju jer la gan nama Lestary walau hakikat nyerr aku sendiri pun nak gelak dengar nama tuh. Tapi terima jer la..hehehe..Apa yang tak tahan ialah masa Dr sebut nama group kitaorang oleh pulakk Dr kutuk nama kumpulan kitaorang. Dr cakap dah tak ader nama yang sedap lagi ker nak letak. Kami semua masa tuh memang tersengeh-sengeh macam kerang busukk. Tapi aku rasa aku lagi wangi dari kerang busukk tuh..Walaupun Dr mengutuk nama kumpulan kami tetapi kami tetap dengan nama Lestary. Cantik la jugak. Dari kumpulan lain yang letak nama ntahh ape-ape la…hehehe..Lagi elok nama kumpulan kami..hahaha.

Aktiviti pertama di dalam kelas nih kalau aku tak lupa ialah kami terpaksa membawa gum uhu, gunting, papan apa ntahh nama sebanyak lima keping, majalah dan juga riben berwarna merah. Aku pening memikirkan kenapa la Dr nih nak suh bawak gam uhu yang sememang nyerr mahal tuh. Apasal dia tak suh bawak gum yang biasa jer. Tapi dalam membebel tuh aku tetap bawak barang-barang yang disuruh bawak tuh. Nak gilerr kalau tak bawak barang-barang yang dipesan. Tak kena gaya kenak halau dek Dr kuar dari kelas…hahaha..Setelah masuk dalam kelas dan diberitahu tentang apa yang hendak dibuat barulah aku faham. Tapi yang rasa nak giler sebab Dr tak bagi kami semua tulis guna pen. Dr suh kami semua gunting perkataan yang ada kat dalam majalah jika nak tulis ape-ape. Lagi la kami semua rasa macam nak terbang ke langit jer. Yang paling tak tahan keje yang suh dibuat tuh mesti dihantar ke bilik Dr tepat-tepat kul 2 petang. Masyaallah lagi la kami semua kelam kabut apatah lagi kami dikacau oleh group yang sememang nyerr jeles dan suka bergaduh dengan kami. Kumpulan mana lagi kalau bukan kumpulan Broadcaster. Nama jer gempak tapi orang tak gempak pun..hahaha..Cam maner pun group diorang best. Kalau tak ader group tuh mesti kumpulan Lestary terasa sunyi dan sepi..ewahh-ewahh…hahaha..

Kami semua kelam kabut la membuat kerja yang disuruh oleh Dr. Yang paling tak tahan kalau gunting senget pun tak boleh. Macam mana la nak gunting bagi lurus. Tangan kami semua bukan lurus macam pembaris. Walau macam mana pun kami tetap berusaha tak bagi senget. Bab mengunting nih kami serahkan kepada Yj sebab dia lebih berhati-hati. Aku semua kalut mencari huruf-huruf di dalam majalah tuk di tulis. Susah tul nak cari. Bak kata pepatah berusaha tangga kejayaan. Akhirnya kami berjaya menyiapkan kerja yang diberi dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Berjaya jugak kumpalan Lestary menyiapkan kerja nih. Cayalahh..huhu

Seingat aku aktiviti kedua yang patut kami semua buat dalam kelas Dr Normaliza nih ialah kami semua terpaksa memberi sebab tentang pengaruh cerita sebelum kanak-kanak tidur. Macam dah betul tajuk tuh. Tapi aku pun tak ingat sangat. Yang paling gempak kelas Dr nih ialah apa keje yang diberi kepada kami mesti di hantar tepat-tepat kul 2 petang. Tak ker kelam kabut kami membuat keje yang diberi. Nak berfikir lagi. Idea bukannyer selalu datang. Kadang-kadang lembab jugak otak nih nak berfikir apa la yang patuh ditulis. Tapi nasib baik la sebelum tajuk nih di beri aku ada la tengok citer The Bedtime Story kat panggung wayang. Jadi boleh la aku curi idea sikit-sikit tuk di tulis. Kami memerah otak secepat yang boleh. Berusaha untuk menyiapkan kerja dalam jangka masa yang telah diberi. At last dapat jugak siapkan kerja yang diberi. Hepy giler time tuh. Mencapai satu kepuasan..hahaha

Ada satu kelas tutorial tiba-tiba bila masuk kelas Dr ada samer..terkejut jugak. Yer la sebelum nih Dr mana ader pernah datang. Nak wat sport check a tuh. Sib baik aku datang awal. So xder la takut. Ramai gak yang datang lambat malam tuh. Apa yang aku rasa nak gelak giler sebab saper yang datang lambat diaorang sumua kena buat pantun. Tersengeh-sengeh la mereka semua. Aku pun turut sama tersengeh. Kalau la aku datang lambat tak tahu la cam ner eh. Aku bukannya kreatif nak buat-buat pantun nih.

Time kena buat kalendar la tul-tul mencabar aku. Punya la susah nak buat nih. Aku bukannya reti nak wat semua nih. Tapi terpaksa juga aku menyiapkan kerja ini. Dah la laptop aku tak boleh nak masukkan program adobe photoshop. Macam mana aku nak wat kerja kalau tak boleh nak masukkan dalam laptop. Kira mencabar juga la nak buat kalendar nih sebab aku yang tak pernah nak ‘crop’ gambar pun terpaksa belajar macam mana nak buat. Dah puas aku try cam mana nak wat guna laptop aku tapi tak dapat. Terpaksa la aku buat nih semua guna laptop Erin. Nasib baik dia nak bagi pinjam. Tapi aku kena buat time dia tak guna la. Terpaksa la aku tunggu dia siapkan yang dia punya dulu baru la aku dapat buat yang aku punya. Nak cari background tuk buat kalendar nih pun bukannya senang.

Aku terpaksa mencari di dalam internet dulu. Nak cari bukannya susah tapi bila ambik nak buat background gambar tuh tak boleh nak tarik jadi besar. Nak menjadi lebih haru lagi laptop aku terus tak dapat dihidupkan langsung. Macam mana aku nak ambik gambar kat dalam laptop. Masa itu memang la sakit ati yang teramat sangat. Nasib baik ada beberapa keping gambar kat dalam pendrive aku. Boleh la aku guna gambar yang ada tuh. Kalau tak aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi. Setelah aku terpaksa bersusah payah untuk membuat kalendar nih akhirnya aku dapat siapkan juga. Dah la aku buat paling simple jer. Tapi janji aku dah siapkan dengan baiknya. Masa nak hantar pergi print punya la kelam kabut sebab aku tak buat muka depan untuk kalendar aku itu. Terpaksa la aku buat kat kedai print tuh. Sampai berpeluh aku nak siapkan muka depan tuh. Dah la print punya la mahal. Masa tuh aku tengah pokai..hahaha. nak buat macam mana. Mahal macam mana pun kena la print juga. Bukannya cantik pun kedai tuh print..huhu. Harga jer mahal tapi kualiti tak ada…ahaks. Rasa gembira dan puas yang teramat sangat sebab dah dapat siapkan kalendar. Lega gila la. Rasa kepala ringan jer. Tak payah nak piker apa-apa lagi. Siap satu kerja.

Time kelas Dr nih memang aku datang awal. Takut tak bagi masuk kelas. Dr nih memenag best. Kelas dia tak pernah rasa mengantuk nak tidur macam kelas-kelas yang lain. Tapi aku kena bergiat aktif dan cergas. Semua kerja yang dibagi mesti nak disiapkan dengan segera. Kalau ahli kumpulan tak datang semua tak akan dapat markah. Tak ke kesian. Jadi kami memang akan datang kelas nih. Tak pernah nak ponteng. Kedatangan mesti full la..hahaha. Yang seronok ahli kumpulan aku semuanya best-best. Lebih-lebih lagi Sham. Dia tuh memang kelakar and nakal. Setiap kali kelas mesti kena membebel dengan Dr. Tapi dia buat selamber jer.
Kalau bab kena menulis gan melukis memang kitaorang suruh Yj sebab dia nih tulisan dia memang cantik dan kemas. Melukis pun boleh tahan la. Yj nih budak Cina tapi ambik bahasa. Lagi satu Yj nih minat sangat dengan lagu-lagu Melayu. Tapi kalau bab merapu benda-benda yang tidak berfaedah boleh la di bagi kepada Sham. Dia memang suka kalau bab-bab macam tu.

Ada satu kelas tuh Dr suruh kami semua keluar dari kelas dan ambil gambar kitaorang semua tapi gambar tuh mestilah mengikut simpulan bahasa ke, peribahasa ker. Punya la susah kitaorang piker macam mana nak ambil gambar mengikut peribahasa dan simpulan bahasa. Dah la nak kena fakir simpulan dan peribahasa dulu sebelum ambil gambar. Tapi time nih memang seronok. Aku dan Erin dah la suka bergambar. Apalagi memang kitaorang berdua berposing giler la. Tambah pula dengan Sham dan Yj yang otak gila-gila. Yang ok Ekin dan Helen jer…hehehe. Macam-macam gaya kitaorang bergambar. Di dalam semak la. Tak pakai selipar la. Walaupun hari tuh memang panas yang teramat sangat. Memang berpeluh la kami semua. Satu gambar yang kelakar time Sham pergi baring atas jalan.

Memang kelakar la Sham tuh. Tapi dia selamber jer baring atas jalan. Gambar yang paling susah nak ambil ialah time yang kena melompat. Yangg lompatnyer Sham la. Saper lagi yang nak melompat. Takkan Ekin yang tengah sarat mengandung tuh yang nak kena lompat..hehehe. Time gambar melompat nih la kena ambil banyak kali sebab tak jadi. Yang penatnya Sham la sebab dia yang melompat. Kami semua tengok dan gelak jer. Akhirnya menjadi juga gambar melompat tuh. Memang cantik gambar tuh. Hari tu memang kami semua penat dengan berposing jer. Yang paling semangat Yj dengan Sham la. Sham sampai panjat pokok pun ada. Tapi penat macam mana pun ni adalah kenangan semua. Walaupun penat tapi seronok.

Kelas multimedia nih juga la yang buat aku tak tidur malam. Masa yang nak kena buat powerpoint tuh memang la aku tak tidur. Mana ker tak bukannya senang nak buat. Kena penelitian yang baik baru dapat buat dengan baik. Dah la nak kena masukkan lagi. Nak kena setting lagi cepat dan laju gambar yang dimasukkan. Nak setting masukkan lagu lagi. Nak masukkan lagu dah la susah. Sebelum nih buat powerpoint mana ada masukkan lagu jadi aku tak ambil peduli la semua tuh. Time nih la aku kelam kabut. Dah masukkan lagu tapi bila bukak lagu tak keluar. Aduh la memang haru dibuatnya. Berapa kali aku kena buat powerpoint nih. Akhirnya menjadi juga aku buat. Lagu pun keluar. Tapi masa nak present tuh takut juga sebab ada la beberapa orang yang tak keluar lagu. Masa tuh memang la aku takut. Nasib baik yang aku menjadi. Lega rasanya.

Kelas multimedia ni juga la sepanjang sem 1 sampai 5 tak pernah aku ada kelas malam. Tapi sem akhir nih terpaksa aku ada kelas malam. Tapi nak buat macam mana. Terpaksa juga pergi. Dalam kelas nih aku boleh belajar macam-macam. Belajar buat blog, buat web, buat kalendar. Walaupun agak susah tapi aku dapat menimba ilmu yang baru. Yang boleh aku gunakan nanti. Tapi kelas tutorial bosan sikit sebab bukan Dr yang mengajar. Cik Azma yang ajar. Dia pun best dan baik. Kalau Dr mesti la aku nak ketawa jer. Dr nih memang best la.

Aku suka dengan Dr Normaliza nih sebab dia nampak jer tegas tapi kelakar dan baik. Kalau sekali dia cakap “no” memang tak payah la nak pujuk lagi. Dia tetap akan cakap “no”. Pujuk la macam mana pun Dr tetap cakap “no”…hehehe. Kadang-kadang nak tergelak dengan Dr nih. Muka jer garang tapi baik. Kelas dengan Dr nih memang best la. Tapi kadang-kadang takut juga sebab Dr memang suka buat muka garang bila pergi jumpa dia..hehehe.

Banyak-banyak benda yang disuruh buat oleh Dr ialah pergi ke rumah anak yatim yang paling mencabar dan banyak kerja yang terpaksa dibuat. Kami semua terpaksa mencari sponsor, buat kertas kerja, cari rumah anak yatim yang hendak di pergi dan banyak lagi yang perlu dibuat. Kumpulan aku iaitu Lestary bergabung dengan kumpulan Broadcaster untuk pergi ke rumah anak yatim. Kami semua telah berpakat untuk pergi ke Rumah Amal Limpahan Kasih di Puchong. Sebelum pergi kami semua membuat kertas kerja dahulu untuk ditunjukkan kepada Dr dan juga pengetua rumah anak-anak yatim. Pernah la kertas kerja kami ditolok oleh Dr dan terpaksa membuat yang lain. Lepas itu aku, Erin, Ekin, Sham dan Miro pergi berjumpa dengan pengetua rumah anak yatim itu untuk meminta kebenaran membuat program dengan anak-anak yatim. Nasib baik la pengetua rumah anak yatim itu baik. Jadi kerja kami tidaklah susah sangat.

Setelah mendapat kebenaran daripada pengetua kami semua membuat perancangan dan membahagikan tugas apa yang perlu dibuat oleh setiap orang. Di samping itu juga kami berusaha mencari sumbangan bagi menjayakan program yang kami rancang ini. Aku menjadi ajk cenderahati. Jadi aku terpaksa mencari hadiah untuk diberi kepada anak-anak yatim nanti. Bukannya senang kerana hadiah yang dibeli itu aku terpaksa bungkus terlebih dahulu. Nasib baik Erin duduk satu bilik dengan aku jadi dia tolonglah aku membungkus hadiah untuk anak-anak yatim itu. Untuk pergi ke rumah anak-anak yatim itu kumpulan Lestary dan Broadcaster tidak mempunyai masalah kenderaan kerana masing-masing mempunyai kenderaan sendiri. Jadi masalah penganngkutan tidak timbul bagi kedua-dua kumpulan.

Setelah semua perancangan telah dibuat kami semua telah pergi kerumah anak-anak yatim itu pada 7.03.2009 iaitu hari Sabtu. Pada awal pagi lagi kami semua telah bertolak ke sana. Agak susah untuk kami membuat program seperti yang dirancang kerana anak-anak yang berada disitu tidak mahu bekerjasama. Mungkin kerana mereka tidak biasa bergaul dengan orang luar selain daripada mereka. Tapi kami semua berjaya memujuk mereka semua sehingga mereka semua tidak lagi malu-malu untuk bermesra dengan kami. Melihat kehidupan mereka semua kami sedikit terharu kerana mereka hidup di dalam kekurangan kasih saying ibu bapa dan juga ahli keluarga. Kami menghiburkan hati mereka. Sepanjang hari kami semua berada di sana. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan bersama-sama dengan mereka semua. Kami semua bersukan bersama dengan mereka. Kami juga telah membuat sambutan hari jadi kepada anak-anak yatim yang tinggal di situ. Malah kami semua dapat memberi anak-anak yatim di situ makan Mc’Donanlds. Mereka semua nampak gembira dengan aktiviti yang telah kami lakukan. Satu hari bersama mereka telah memberi kesedaran kepada kami. Walaupun penat tetapi kami semua merasa sangat puas kerana dapat menghiburkan hati anak-anak yatim di situ. Pengalaman ini sangat berharga bagi aku kerana sebelum ini aku tidak pernah lagi melakukan aktiviti di rumah anak-anak yatim.

Time yang kena buat laman web adalah time yang paling aku tidak suka. Memang aku tidak berminat sebab bukannya senang nak buat. Aku bukan main tension lagi bila nak kena buat laman web nih. Tak faham pun ada macam mana nak buat. Aku terpaksa bertanya kawan-kawan dan meminta tunjuk ajar daripada mereka. Memang buat laman web nih paling buat aku tak tenang. Susah macam mana pun aku kena buat juga. Kalau tak buat tak dapat markah. So aku kena la siapkan juga. Nasib baiklah aku dapat siapkan tapi tak tahulah berapa markah yang aku dapat. Yang penting aku dapat siapkan.

Tugasan terakhir tutorial ialah aku kena buat blog. Sebelum ini aku tidak pernah buat blog. Tapi buat blog tak ada la susah sangat. Yang susah aku kena interview tokoh bahasa. Aku dah mula berfikir siapa yang aku nak interview. Fikir punya fikir akhir aku bercadang nak interview Dr Lim Swee Tin. Aku membuat temujanji dengan Dr Lim. Akhirnya aku selesai interview Dr Lim. Aku berfikir juga apa yang perlu aku masukkan ke dalam blog aku ini. Tapi aku berjaya juga menyiapkan blog aku ini.

Dapat juga aku belajar macam mana untuk menghasilkan blog. Blog yang aku buat tak ada la cantik dan canggih sangat. Maklum la baru belajar nak buat blog. Tapi yang pasti aku dah dapat buat blog. Nanti selepas ini boleh la aku buat blog tentang aku sendiri. Untung juga aku belajar bahasa dalam multimedia ni. Aku boleh belajar bermacam-macam benda yang baru. Dari aku tidak tahu nak buat blog aku sudah pandai untuk membuat blog. Rasa bertuah dan bangga pun ada sebab aku dah pandai buat semua ini…hehehe. Buat blog nih tak ada tension macam aku nak kena buat web. Kalau buat web memang la aku tension yang teramat sangat. Aku memang tak suka buat web tuh. Blog nih kira okla sebab blog nih lebih kurang macam friendster jer. Jadi aku takla merasa susah dan ketensionan untuk membuat blog ini. Apa-apa pun yang pasti blog aku dah siap dan tak perlu nak fikir apa lagi…hahaha.

Pengalaman yang paling tak dapat aku lupa ialah aku ni suka sangat pergi kelas pakai selipar yang biasa jer. Bak kata Dr Normaliza selipar toilet. Memang semua kelas aku pakai selipar ini jer. Nak buatnya nasib aku tidak baik ada time kelas tuh Dr nak check siapa yang pakai selipar toilet. Punya la kelam kabut aku. Mati la aku kalau dr tengok selipar yang aku pakai ini. Erin dan Ekin memang dah gelakkan aku sebab tengok aku yang kelam-kabut bila Dr nak check siapa yang pakai selipar toilet. Masa tuh memang aku takut gila la. Tapi aku buat tak tahu jer sebab aku bukannya pakai selipar toilet..hahaha. Bila tiba time aku Dr tengok selipar aku punya la nak pecah perut aku bila Dr cakap selipar aku ni bukan selipar. Aikk takkan la Dr nampak kasut..hehehe. Tapi Dr bagi tahu minggu lagi satu siapa yang pakai lagi dia tak akan bagi masuk dalam kelas. Minggu yang seterusnya aku pun pakai la selipar yang cantik sikit. Iyer la kalau aku pakai lagi selipar aku tuh tak ker aku tak dapat nak masuk ke dalam kelas. Tapi tak lama pun aku pakai selipar lain, selepas itu aku tetap pakai selipar yang selalu aku pakai itu. Nasib la kalau Dr nak check lagi. Yang pasti aku akan kelam kabut kalau Dr cakap nak check..hehehe.

Dalam kelas Dr nih semua handfone aku di silent kan. Mana taknya Dr memang tak nak dengar bunyi handfone yang lain selain bunyi handfone dia. Aku memang setiap kali nak masuk kelas Dr nih memang handfone aku akan disilentkan..hehehe. Kalau kelas lain aku tak silent pun. Tapi kelas Dr jer aku silentkan. Bukan aku jer yang akan berbuat begitu sebab aku rasa budak-budak lain akan silentkan handfone mereka sebab seingat aku time jer kelas Dr aku tak pernah bunyi handfone melainkan bunyi handfone Dr jer. Kelakar pun ada sebab tak ada yang berani nak bunyikan handfone mereka. Kuat juga pengaruh Dr Normaliza nih sampai tak ada yang berani nak bunyikan handfone mereka…hehehe.

Tapi bagus juga bila Dr bagi arahan macam itu sebab bolehlah pelajar-pelajar memberikan sepenuh perhatian tentang apa yang diajar. Kalau tak mesti ada yang main mesg la dan macam-macam lagi la. Sebab aku pun kadang-kdang amcam itu juga kalau ada kat dalam kleas. Mesti aku main mesg. Tapi kat kelas Dr Normaliza nih aku nak tengok handfone pun tak sempat. Sahkan nak main mesg. Handfone aku tak pernah aku keluarkan dari beg bila tiba kelas Dr nih. Macam mana nak tengok handfone kalau kerja yang Dr bagi mesti disiapkan dengan segera. Jadi aku tidak ada masa nak tengok handfone aku itu. Kelas ini memang betul-betul membuat aku tak pandang sedikit pun dekat handfone aku…hehehe. Aku menjadi pelajar yang berdisiplin bila ada di dalam kelas bahasa dalam multimedia nih.

Ada satu minggu kelas nih bukan Dr Normaliza yang masuk tapi Dr Arba’ie yang masuk. Kitaorang semua terkejut. Dr Arba’ie masuk untuk mengajar macam mana untuk membuat papan cerita. Dr menunjukkan papan cerita yang telah dibuat. Agak menarik perhatian aku juga sebab apa yang dia tunjuk memang agak manarik. Siap tunjuk video yang telah dibuat lagi. Walaupun sedikit bosan tapi Dr Arba’ie pandai juga membuat lawak ketika mengajar. Jadi kebosanan yang kami rasai itu mula hilang sedikit demi sedikit. Di dalam kelas Dr Arba’ie ini aku dapat belajar macam mana untuk menghasilkan papan cerita yang menarik. Tapi aku rasa aku tidak sampai lagi tahap untuk membuat papan cerita kerana daripada apa yang aku tengok apa yang ditunjuk oleh Dr Arba’ie bukannya senang untuk membuat papan cerita ini.

Pada minggu ke 13 kami semua perlu menyediakan video ketika kami pergi ke rumah anak-anak yatim. Nasib baiklah kumpulan aku bergabung dengan kumpulan budak-budak komunikasi iaitu kumpulan Broadcaster. Jadi mereka bermurah hati untuk membantu kumpulan Lestary untuk mengeditkan video yang telah di ambil semasa pergi ke rumah anak-anak yatim. Lagipun memang video yang kami ke rumah anak-anak yatim disatukan bersama sebab masa kami pergi ke sana kami hanya membawa satu videocam sahaja. Terpaksa la kami mengedit video itu untuk mengasingkan aktiviti yang telah kami buat semasa di sana.

Mereka semua dapat membuat edit video ini di bilik edit di Jabatan Komunikasi. Lagi la senang untuk kami semua membuat kerja sebab di sana semua alat kelengkapan sudah tersedia. Kalau mereka tidak tolong memang kelam kabut juga kami semua untuk membuat video. Manalah kami semua pandai untuk mengedit video. Nasib baik kumpulan aku Sham ada. Jadi dialah yang banyak bekerja keras untuk membuat video itu. Seingat aku mereka semua selesai membuat video ini sampai pukul 1.00 pagi dekat bilik edit. Kesian juga tapi nak buat macam mana. Nak tak nak memang la kena siapkan juga video tuh. Aku dan yang lain hanya pergi tolong pada waktu petang itu sahaja. Akhirnya kami semua dapat menyiapkan juga video untuk ditunjukkan di dalam kelas nanti.


Di dalam kelas kami semua perlu menunjukkan video yang telah dibuat. Punya la lama kami menunggu nama kumpulan Lestary di sebut. Sudah tidak sabar lagi kami untuk menunjukkan video kepada yang lain tentang aktiviti yang telah kami lakukan di rumah anak-anak yatim. Apa yang kelakar ialah bila saja Dr menyebut nama kumpulan kami semua mesti bangun dan pergi ke depan dengan segera. Kalau lambat memang kena marah. Silap-silap tak dapat nak tunjuk lagi video. So kami semua berada di dalam keadaan sedia kalau nama kumpulan kami disebut. Punya la lama kami semua menunggu tapi nama kumpulan kami dipanggil last-last…huhu..

Selesai sahaja kami menunjukkan video yang telah kami buat memang rasa lega yang termat sangat sebab kebanyakkan tugasan untuk subjek ini telah kami siapkan dengan sempurna. Apa yang best last kelas pada hari itu Cik Alia mengambil gambar setiap kumpulan. Aku apalagi memang dah suka bergambar…heheh. Tapi ada juga kumpulan yang masih belum menunjukkan video semasa mereka pergi ke rumah anak-anak yatim.

Pada kelas yang berikutnya kami telah diberi tugas untuk mebuat teka silang kata. Tapi markah akan diberi mengikut ahli kumpulan yang menjawab paling sedikit. Tak ke haru dibuatnya. Macam mana nak sama kalau kami semua tidak berada bersama. Helen duduk depan. Aku, Yj dan Sham duduk belakang. Dah la ekin tak datang sebab dah bersalin. Erin pun tak datang sebab tak sihat. Tinggallah kami berempat sahaja. Belum sempat kami mencari semua perkataan Dr telah meminta ketua kumpulan menghantar. Dah la tu siap mengira kumpulan mana yang menghantar lambat tidak akan diterima. Punya la kelam kabut kami semua. Yj terus menarik kertas yang ada. Dah la Sham tidak sempat untuk menulis nama dan perkataan yang telah dijumpa. Apalagi Lestary mendapat kosong la…huhu…Nak buat macam mana. Dah nasib..hehehhe.

Selepas itu kami semua diberi semula kertas yang tadi dan terpaksa melipat kertas itu mengikut arahan yang telah dipamerkan di komputer. Punya la susah nak buat. Aku bab melipat kertas untuk dijadikan bentuk ni memang aku failed terus. Aku memang tak pandai. Yang kelakar kertas yang dilipat tak menjadi pun. Dah macam nak hancur kertas itu kami buat tapi tetap tidak menjadi. Last-last kami semua pasrah tak dapat melipat kertas itu..hehehe. selepas itu Dr memberi tips untuk final exam. Time nih kami semua berebut untuk menjawab soalan. Time kelas Dr nih memang kami semua terpaksa berebut untuk menjawab soalan. Keadaan memang menjadi bising dengan kelakuan kami semua. Memang nampak kelam kabut dan kelakar.

Walaupun kelas Dr Normaliza nih banyak kerja tapi aku rasa enjoy dan happy sebab kelas nih memang best sangat. Yang tak best time kena buat kerja..hehehe. Masuk kelas nih aku dapat belajar bermacam-macam benda baru. Ini memberi pengalaman yang baru kepada aku lebih-lebih lagi pengalaman pergi ke rumah anak-anak yatim. Itu adalah kali pertama aku pergi membuat program ke rumah anak-anak yatim. Melalui kelas ini juga aku dapat mengenali budak-budak komunikasi Sham, Miro, Benn, Ida, Eja yang sememangnya sporting dan baik serta otak pun gila-gila macam aku. Memang best dapat berkawan dengan mereka semua. Kelas Dr Normaliza nih memang enjoy dan tak mengantuk sebab setiap kali masuk kelas memang ada sahaja aktiviti yang perlu kami semua lakukan. Lagi satu Dr Normaliza nih memang seorang yang kelakar dan best. Selama ini tak pernah aku masuk kelas yang begitu enjoy dan happy macam kelas nih. Masuk kelas ni boleh tengok la semua pelajar jadi baik jer. Tunjuk muka baik dan sopan yang teramat sangat. Nak tengok bercakap sesame sendiri pun susah. Mana taknya kalau bercakap dan buat bising mesti kena dengan Dr. Last sekali aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Dr Normaliza kerana memberi tunjuk ajar dan mengajar aku tentang perkara-perkara yang baru semasa di dalam kelas ini. Pengalaman yang aku dapat ini tak mungkin akan dilupakan sampai bila-bila. Dr Normaliza memang best la..:)

No comments:

Post a Comment